Perjalanan Terakhir Buya HAMKA
Detik-detik terakhir Buya Hamka yang mengharukan Ñ kenangan abadi ulama besar dari orang-orang yang mencintainya.
Selama hayatnya, Buya gemar melakukan perjalanan. Beliau jelajahi Nusantara dan dunia ini dengan segala suka dan duka, dengan pelbagai kejadian dan peristiwa.
Hari Jumaat, 22 Ramadan 1401H bertepatan dengan 24 Julai 1981, adalah 'perjalanan terakhir' bagi ulama besar yang sama-sama kita cintai ini; meninggalkan jagat raya, menuju ke peristirahatan yang abadi.
Buku ini mengisahkan saat-saat terakhir perjalanan beliau yang amat mengharukan itu. Ia lengkap dengan catatan dan kenangan daripada para sahabat dan murid-murid almarhum dari pelbagai profesion.