Troli

KOMPAS 114 - SYAARI AB RAHMAN

Out of stock

Kompas 114 (Edisi Ungu @ 2020) menawarkan beberapa kemaskini dari edisi sebelumnya iaitu segmentasi surah al-Naml, al-Rum, Luqman, al-Sajdah, al-Zukhruf, al-Dukhan, al-Jathiyah, Muhammad, al-Fath, al-Munafiqun, al-Thalaq, al-Tahrim, dan al-Muzammil. Buku Kompas 114 - "Bantuan Pengembaraan Anda Menghayati Al-Quran" ini banyak membantu memberi gambaran atau peta minda mengenai satu-satu surah yang dibaca sama ada secara sendiri atau bersama dengan pelajar. Perlu digandingkan dengan poin sejarah Islam semasa ayat-ayat al-Quran diturunkan untuk memberikan kesan yang mendalam semasa memahami situasi sebenar ayat yang dibaca. Buku ini merupakan sebuah karya separa ilmiah. Ia bertindak untuk memberikan overview" kepada 114 surah dalam al-Quran. Buku ini berhasrat untuk menimbulkan "debaran" kepada keindahan dan keunikan setiap surah-surah dalam al-Quran. Buku ini merupakan hasil inspirasi untuk lebih mensasarkan masyarakat awam yang mungkin kurang terdedah kepada disiplin ilmu tafsir mahupun ilmu bahasa al-Quran itu sendiri. Semoga buku ini mampu menjadi seolahholah seperti "fasilitator" yang menumbuhkan keinginan yang mendalam buat ahli-ahli dalam kumpulannya untuk belajar dan terus belajar mengenai keagungan dan keindahan sesebuah surah yang mahu disampaikan. Seperti seorang pemandu pelancong yang membawa para jamaah ke sebuah pantai yang indah, namun pemandu tersebut tidak berhasrat untuk membawa jamaahnya menyelami ke dasar lautan yang mendalam kerana sudah ada ramai pakar-pakar yang boleh ditemui untuk ahli jamaah berenang ke dasar lautan dengan selamat dan berkesan.    
TBR
[addtoany]
Share
Like
Ulasan pembeli Tulis ulasan, earn points!
Bantu pembeli lain buat pilihan yang tepat
-
0 ulasan
Tulis ulasan anda
✦ Earn 10 loyalty points setiap ulasan yang diluluskan
Memuatkan ulasan...
Mungkin Awak Suka Juga 📚
Semua →

RM40.00 RM36.00

JT Books Footer
⭐ JT BOOKMATES ⭐
"Jejak-jejak Penuh Inspirasi"
Sertai komuniti pembaca eksklusif kami
🎁 Diskaun pesanan pertama | ⭐ Mata setiap pembelian | 📚 Akses awal buku baru | 🎉 Diskaun ulang tahun
⭐ Sertai Bookmates Percuma →
})