Troli
Soalan Lazim

Apa yang anda perlu tahu

Kumpulan soalan-soalan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan kami. Tak jumpa jawapan? Hubungi kami terus di WhatsApp.

Pembelian & Pembayaran
Bagaimana cara membuat pesanan di JT Books?+
Pilih buku yang anda inginkan, tambah ke troli, kemudian klik butang pembayaran. Ikuti langkah checkout dan pilih kaedah pembayaran yang sesuai. Anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan setelah transaksi berjaya.
Apakah kaedah pembayaran yang diterima?+
Kami menerima pembayaran melalui FPX (perbankan dalam talian), kad debit/kredit (Visa/Mastercard), dan TnG eWallet.
Adakah saya perlu mendaftar akaun untuk membeli?+
Tidak wajib — anda boleh membeli sebagai tetamu (guest checkout). Namun, dengan mendaftar akaun anda akan menjadi ahli JT Bookmates dan menikmati banyak kelebihan: mata ganjaran setiap pembelian, akses awal buku baharu, diskaun ulang tahun, dan rekod pesanan yang mudah dirujuk semula.
Adakah terdapat kod promosi atau diskaun untuk ahli baharu?+
Ya! Bagi pendaftaran ahli baharu JT Bookmates, kami menawarkan mata ganjaran dan diskaun RM5 untuk pembelian pertama anda. Daftar sekarang untuk mula menikmati ganjaran.
Penghantaran
Berapa lama masa penghantaran ke seluruh Malaysia?+
Pesanan yang diterima sebelum pukul 2 petang akan diproses pada hari yang sama. Anggaran masa penghantaran setelah dihantar:

Semenanjung Malaysia — 3 hari bekerja
Sabah & Sarawak — 5 hari bekerja

Kami menggunakan perkhidmatan kurier Ninja Van untuk semua penghantaran dalam Malaysia.
Adakah JT Books menghantar ke Sabah, Sarawak dan luar negara?+
Ya, kami menghantar ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menggunakan kurier Ninja Van. Untuk penghantaran luar negara, kami pernah menghantar ke Singapura menggunakan kurier LineClear. Untuk pertanyaan penghantaran antarabangsa, sila WhatsApp kami di 011-2906 2609.
Berapakah caj penghantaran? Adakah penghantaran percuma?+
Caj penghantaran adalah seperti berikut:

Semenanjung Malaysia — RM9
Sabah & Sarawak — RM15

Penghantaran PERCUMA untuk pesanan RM250 ke atas.
Produk & Stok
Apakah jenis buku yang dijual di JT Books?+
Kebanyakan produk di website kami adalah terbitan sendiri. Akan datang juga dari penerbit-penerbit tempatan dan luar negara. Kami menawarkan buku selari dengan misi memasyarakatkan ilmu dan budi — termasuk buku ilmu (Jejak Tarbiah), novel (JIWA), buku bisnes/usahawan (JTX), Siri Komik, dan produk Hamka Coffee.
Adakah buku yang dijual adalah buku baharu atau terpakai?+
Buku baharu sahaja. Semua buku yang dijual di JT Books adalah terbitan baharu yang tidak pernah digunakan.
Bolehkah saya tempah buku yang tiada dalam stok?+
Buat masa ini, buku yang kehabisan stok perlu menunggu restok. Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp di 011-2906 2609 untuk mengetahui status restok terkini.
Pemulangan & Aduan
Apakah polisi pemulangan atau pertukaran barang?+
Kami menerima pemulangan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan, dengan syarat buku berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.

Proses pemulangan adalah mudah — WhatsApp kami dan kami akan sediakan AWB (label penghantaran Ninja Van) untuk anda. Hanya perlu print dan drop off di hub Ninja Van terdekat. Kos penghantaran return ditanggung sepenuhnya oleh JT Books.

Refund akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja ke akaun asal pembayaran anda. Sekiranya terdapat lebihan bayaran, kami akan cadangkan produk lain untuk melengkapkan jumlah — atau refund penuh jika anda tidak mahu.
Apa yang perlu saya lakukan jika buku yang diterima rosak atau tidak betul?+
WhatsApp kami di 011-2906 2609 dengan menyertakan foto buku dan nombor pesanan anda. Kami akan menyiasat dan hantar ganti baharu, atau buat refund dalam 3 hari bekerja ke akaun asal anda.
Akaun & Teknikal
Bagaimana cara menyemak status pesanan saya?+
Nombor tracking akan dijana automatik apabila pesanan anda telah diproses. Anda akan menerima notifikasi melalui e-mel. Anda juga boleh log masuk ke akaun anda untuk menyemak status pesanan terkini.
Saya lupa kata laluan. Bagaimana untuk reset?+
Klik butang "Lupa Kata Laluan" pada halaman log masuk dan ikut langkah untuk reset. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, terus WhatsApp kami di 011-2906 2609.
Bagaimana cara menghubungi JT Books untuk pertanyaan lanjut?+
WhatsApp kami di 011-2906 2609 atau e-mel ke sales@jtpublishing.my. Waktu operasi kami adalah 9 Pagi hingga 7 Malam setiap hari.

Masih ada soalan?

Jangan teragak-agak hubungi kami. Kami sedia membantu.

💬 Hubungi WhatsApp
JT Books Footer
⭐ JT BOOKMATES ⭐
"Jejak-jejak Penuh Inspirasi"
Sertai komuniti pembaca eksklusif kami
🎁 Diskaun pesanan pertama | ⭐ Mata setiap pembelian | 📚 Akses awal buku baru | 🎉 Diskaun ulang tahun
⭐ Sertai Bookmates Percuma →
DISKAUN RM5
Beli buku pertama anda hari ini