Old Money New Money | Nik Hasyudeen
*Old Money, New Money*Ñmenolak mentaliti mangsa, menghimpunkan 88 refleksi keusahawanan, strategi dan kewangan untuk membina legasi kekayaan rentas generasi.
Melabel orang lain sebagai old money dan cemburu terhadap unfair advantage mereka hanya akan melahirkan mind a mangsa -golongan yang mengalah sebelum sempat berusaha.
Dal am era perniagaan yang berkembang pesat dengan kemajuan digital dan kecerdasan buatan, kita memerlukan minda dan jiwa usahawan yang kuat dan bersedia untuk mendepani cabaran yang semakin kompleks.
OLD MONEY - NEW MONEY: 88 Artikel Perniagaan dan Kewangan menghimpunkan refleksi dan sudut pandang penulis tentang nilai keusahawanan, tadbir urus, strategi perniagaan dan cabaran membina kekayaan yang mampu berkembang rentas generasi.
Naskhah ini penting untuk setiap individu serta usahawan dan golongan profesional yang mahu membina legasi new money dan menyumbang kepada ekonomi dan masa depan negara yang lebih baik.