May, Terpasung di Lorong Waktu | Rozanna
Novel time travel ke tahun 1969 Ñ May terpasung di lorong waktu antara cinta, penyesalan dan keberanian.
Jika kita boleh kembali ke masa lalu, mengubah hal-hal dahulu, membaiki kesilapan yang telah berlaku, lantas untuk apa kita risau akan masa hadapan?
Bujang Ñ berjuang untuk memiliki cinta hati tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekeliling, namun tewas mengatasi perasaan dilemanya dan menjadikan dia seorang pengecut.
Adli Ñ begitulah hal-hal yang selalu mengganggu dirinya Ñ menjadikan dia seorang perindu akan masa lalu dan dibelenggu seribu penyesalan.
Namun, kehadiran "jam" yang misteri telah mengubah segala-galanya.
Ñ
May Ñ Terpasung di Lorong Waktu merupakan sebuah novel time travel Ñ melompat dari tahun 2019 ke tahun penuh tragedi, 1969. Novel sulung penulis ini dikarang beliau pada tahun 2006 ketika berusia 15 tahun.