Kami harap pelanggan berpuas hati dengan setiap pembelian. Jika ada masalah, dasar di bawah memandu cara untuk pemulangan atau pertukaran.
Tempoh Pemulangan
Anda boleh memohon pemulangan dalam tempoh 7 hari selepas pesanan diterima.
Syarat Kelayakan
- Buku mesti dalam keadaan asal — tidak dibaca, tidak ditandakan, dan dengan pembungkus asal jika ada.
- Bukti pembelian (no. pesanan atau resit) wajib dilampirkan.
- Buku rosak/cacat semasa penghantaran layak untuk tukaran percuma — sila lapor dalam 48 jam dengan gambar.
Pengecualian
- Item digital, ebook, dan kupon ganjaran tidak boleh dipulangkan.
- Buku promosi sale akhir (final sale) — tiada pemulangan.
- Buku yang telah dibaca, ditulis di atas, atau diconteng tidak akan diterima.
Cara Memohon
- Hantar emel ke hello@jtbooks.my atau WhatsApp 011-2906 2609 dengan no. pesanan + alasan + gambar item.
- Kami akan jawab dalam 1-3 hari bekerja dengan arahan penghantaran balik.
- Setelah item diterima dan disahkan, pemulangan bayaran diproses dalam 7-14 hari bekerja ke akaun/kaedah pembayaran asal.
Kos Penghantaran Balik
Kos penghantaran balik ditanggung oleh pelanggan, kecuali jika item rosak/cacat semasa penghantaran atau kami menghantar item yang salah. Dalam kes itu, kami tanggung kos sepenuhnya.
Pertukaran
Untuk pertukaran ke buku lain dengan harga setara, sila ikut prosedur sama seperti pemulangan. Beza harga (jika ada) akan dilaras melalui invois tambahan atau baki kredit.
Terakhir dikemaskini: 22 Mei 2026