Murabbi Cinta | Hasrizal Abdul Jamil
Meneladani Nabi Muhammad SAW dalam mencintai keluarga Ñ panduan lengkap membina rumah tangga yang diberkati.
Setelah bersatu dalam ikatan pernikahan, kini hidup bersama cahaya mata yang menyinari kehidupan - apakah seterusnya yang perlu kita kejarkan?
Warna-warni kehidupan berkeluarga - itulah yang dicoretkan dalam naskhah ini. Pelbagai persoalan berkenaan didik anak-anak, memelihara keharmonian rumah tangga dan semestinya, pedoman agar hubungan antara suami isteri tetap utuh dan indah diulas serta dikupas dengan penuh bernas untuk iktibar kita bersama.
Hasrizal Abdul Jamil membawa kita mencontohi teladan agung, Nabi Muhammad SAW dalam mengurus cinta dalam keluarga agar kekal bersatu dalam keredaan Ilahi.