Denai Cinta | Nik Nur Madihah
Empat wanita mulia Islam sebagai model cinta sejati Ñ Nik Nur Madihah mengajak kita mencari pedoman hidup.
Kita sudah lama hilang arah, tercari-cari inspirasi dari kocek sendiri. Memerhati insan lain dengan kekaguman yang tinggi demi mencedok semangat dan pedoman menuju Ilahi. Sedangkan petunjuk itu sudah terbentang untuk dipelajari.
Denai Cinta ialah perjalanan ke lubuk hati yang paling dalam. Demi menapis sesetengah emosi yang membuat hidup hilang kendali.
Lalu sirah muncul menyelamatkan; memerikan kisah empat orang wanita teladan untuk mengeluarkan insan daripada kusut kemelut.
Menerusi karya ini, Nik Nur Madihah membawa kita menelusuri hikmah dan teladan melalui kisah empat orang wanita mulia dalam setiap aspek hayat mereka: Sayyidah Fatimah r.a., Sayyidah Khadijah r.a., Sayyidah Maryam r.a. dan Sayyidah Asiyah r.a..