Rona Bosphorus | Zaid Akhtar
Afham dan Amal berjuang mempertahankan Islam di Istanbul Ñ novel yang menggugah tentang iman dan sekularisme.
"Hidup ini cuma persinggahan yang sementara. Sebelum meneruskan perjalanan, bekalannya mestilah cukup dan siaga."
Dalam dunia yang semakin terhakis nilai-nilai Islam, Afham yang merupakan seorang pelajar sarjana berjuang bermati-matian demi mempertahankan bahasa Arab dan institusi pendidikan agama di Turki. Di sisi lain, Amal Hayati, seorang hafizah yang tegas, menghadapi cabaran emosi dan intelektual sebagai pendidik muda di sebuah madrasah yang kian terancam.
Kota Istanbul yang memukau hakikatnya menyimpan seribu satu cerita yang bermacam wajah.
Mampukah mereka mempertahankan warisan Islam di tengah-tengah gelombang sekularisme yang semakin menggila?